luas pemandangan luas pengetahuan

luas pemandangan luas pengetahuan
jauh perjalanan banyak pengalaman

3 Januari 2015

Tetamu Allah

"Subhanallah..."ucapan pertama yang keluar dari bibirku ini....sungguh tidak terkata dengan kata-kata apa yang kelihatan jelas dimata ku...sungguh cantik...... hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang kurasa kan pada saat itu.....
     
           Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi aku sekeluarga dan jemaah-jemaah yang lain selamat sampai ke 2 tanah haram di Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat islam didunia...sungguh diri inin idak disangka-sangka dapat menjejakkan kaki ke dua2 tanah haram ini ketika usia masih muda..Alhamdulillah..umur ku baru berusia 18tahun..baru berjinak-jinak ingin melihat dunia luar.
 
         "Kak lang nak pergi umrah tak?"pertanyaan dari Ayahku."umrah yah??bila??nak..nak..nak"aku terus teruja dan macam tak percaya ayah bertanyakan sedemikian...hati memang terlampau gembira + terkejut juga..hehe...siapa yang tak nak pergi ke tempat-tempat sebegitu kan...sangat-sangat nak lah kan....tipu kalau tak nak.dari hari 2.Aku sentiasa berfikir..betul ke apa yang jadi ni..aku bakal g umrah??pada usia muda??woaaa..subhanallah..memang aku tidak terkata dan aku hanya menunggu saat itu.

         "Assalamualaikum Cikgu!cikgu,cikgu..."diriku memberi salam kepada ketua warden asrama ketika dibiliknya."Wa'alaikumsalam,ya,siapa??". "saya cikgu,Jannah 6r2.saya ingin meminta kebenaran dari cikgu,ayah saya ingin berjumpa dengan cikgu."."ohh,sebentar ya."kata ketua warden asrama. "Ya encik ada apa-apa yang boleh saya bantu."tanya cikgu kepada ayah. "Ya,maafkan saya menggangu hari cuti cikgu..saya datang kemari untuk meminta kebenaran untuk membawa pulang anak saya yang bernama Nurul Jannah untuk mengikuti kursus umrah."kata ayahku.warden asrma pandang kearah ku sambil berkata"jannah nak g umrah ye..."aku cakap dalam hati.."cikgu ni cam xcaya je.tahu lah saya budak sekolah"

 7 november 2014..
       
         " Jannah awak balik kenapa?jujur aku cakap aku musykil kenapa awak balik"Mai berkata sambil memandang anak mataku."haha..adalah hal sikit,nanti aku dah ready aku cerita kat korang ok...."sambil bercakap aku jalan ke depan tak sanggup tengok muka kawan-kawan rapat aku,buat air mata aku nak keluar je. Niat dihati bukan tak nak bagi tahu just maybe belum masanya aku nak cari masa yang sesuai untuk bagi tahu mereka. "Sabar ya wahai kawan-kawan ku"kataku dalam hati. "weyh..tunggu jap ye,aku g beli something kat korang"."aku tahu diorang masih memikirkan kenapa aku balik..hmm..sabar ye kawan..maafkan aku...."..

         "Woit..korang..aku beli abc and goreng pisang ni,makan ok,aku nak balik dah ni,tak moh sedih-sedih aku balik kejap je...tak sampai setahun pun..hehe"kataku sambil bersalam-salaman dengan mereka.aku saja happy-happy kan suasana,malas nak sedih-sedih."Jannah!thanks ok makanan ni,kitaorang bakal rindu kau lah!jaga diri"aku balas dengan anggukan dan lambaian tidak mampu berkata-kata lagi sebab risau air mata keluar bersama.

8 november 2014..

       Aku sekeluarga menghadiri kursus umrah di masjid bandar Kuantan.Banyak ilmu baru aku dapat.Ramai jugak para jemaah yang bakal mengikuti umrah pada bulan 12 nanti.Aku excited menunggu tarikh tersebut.Tiba-tiba aku teringat kawan-kawan aku dekat asrama,jawapan apa yang harus aku berikan,aku tak berniat nak menunjuk pergi sana,sebab itu aku senyap sampai sekarang sebab aku takut diorang fikir lain.hmmm..Diriku tidak berhenti mengeluh bila teringatkan kawan-kawan di asrama.

      Malam itu jugak hati aku sakit bagai dihiris sembilu bisa.Terlalu sakit dan perit.Mungkin ini sudah takdir ku.Insan yang bernama lelaki yang telah mencuri hatiku secara senyap telah melukakan hatiku.Tak apa lah,mungkin ini ujian untuk aku sebab terleka dengan keseronokan duniawi.Mungkin ini pengajaran ya Allah bagi untuk aku,bukan masa untuk bercinta dan jangan terlampau lalai dengan keseronokan dunia.Lupakan cinta manusia teruskan cinta yang satu yang Maha Agung Allah s.w.t dan Nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

9 november 2014...

     "Jannah bila nak balik!?kitaorang rindu awak!kitaorang laparlah..nak makanan" satu pesanan ringkas sampai.ketawa aku sendiri sambil menggelengkan kepala aku.Memang hari minggu kitaorang akan lapar mencari makanan..haha..Pada jam 3 petang aku pulang ke asrama dengan plastik makanan penuh ditangan.Aku cakap dekat diorang balik lambat..haha..saja nak buat suprise aku tahu diorang lapar so aku bawa balik makanan banyak.Aku masuk ke dalam bilik,senyap je.. mungkin masing-masing pergi cari makanan fikirku.
     
       Sambil aku duduk-duduk kemas barang aku terdengar suara yang aku kenal,apa lagi menyoroklah aku.Aku cari satu sudut gelap yang berdekatan dengan cermin..haha..terus niat nakal aku datang.Salah sorang dari rakan aku datang untuk tengok cermin.Aku yang dari belakang terus pandang dia dengan mata bulat aku.Sekali dia pusing Gilerr tak menjerit dia..haha..sambil cakap "Jannah!!rindu.." Aku teruk dah ketawa kat situ. Bisinglah weyhh..senyap sikit,malu dekat budak-budak,ko dah tua kot nak menjerit" kataku sambil menahan ketawa.

     Bila semua dah berkumpul.Dengar macam ramai je kan padahal 3 orang je kawan rapat giler-giler aku ni..hehe.. Aku keluarkan makanan yang aku bawa tadi.Beria diorang tengok makanan."Jannah...sayang ko sangat-sangat"."sayang korang jugak,, tu aku bawa balik makanan.Aku teringat dekat perut korang tuh..hahaha. " Meraka makan dengan penuh semangat yang aku pula duk fikirkan pasal umrah yang bakal tak lama lagi aku pergi terfikir bila masa yang sesuai untuk bagitahu..hmm..diriku mengeluh lagi untuk yang entah keberapa kali.


menunggu masa yang sesuai....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan