luas pemandangan luas pengetahuan

luas pemandangan luas pengetahuan
jauh perjalanan banyak pengalaman

9 Januari 2015

"Sahabat Islamikku"

 Angin pantai menampar pipi mulusku ini,sungguh mendamaikan hatiku pada saat itu. Entah keberapa kali aku mengeluh,mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiranku. Jauh aku pandang ke hadapan padahal tiada satu pun yang menarik disitu. Pemandangan yang sangat luas menunjukkan betapa kerdilnya diriku ini dibumi ciptaan ALLAH S.W.T.
         “Oiiiittt..kau buat apa dekat sini?jauh kau termenung. Sampai aku panggil banyak kali pun tak dengar-dengar lagi. Apa yang kau asyik sangat tu...” kedengaran suara Naurah yang datang menegurku dari belakang.
         “Astaghfirullahalazim...ya ALLAH..Naurah,kau tak pandai nak bagi salam ke wahai sahabat kesayanganku?kau tak sabar ya nak tengok aku dapat penyakit jantung tahap kritikal?”diriku bersuara.
         “Kau cakap sedap mulut je kan. Aku dah bagi salam banyak kali tadi kau yang tak dengar,entah apa yang ralit sangat kau tengok pun aku tak tahu. Tak apa aku bagi salam semula dekat kau. Kau jawab ye. Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh....wahai sahabatku tersayang”. Kata naurah sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit miliknya.
         “Waalaikummusalam Warahmatullah hiwabarakatuh wahai sahabat tercinta,kau perli aku ye?huhu.. kau bagi salam panjang jadi aku jawab panjang juga,rugi tak jawab panjang sebab aku nak pahala”. Kataku sambil tersenyum.
          Sedang diri aku ralit memandang Naurah yang berada disebelah yang sedang sibuk membetulkan tudungnya yang ditiup angin,hatiku mula berkata-kata.
        “Hanya dia kawan yang paling aku rapat,hanya dia yang rajin memberiku nasihat dikalaku buntu untuk membuat keputusan dan hanya dia yang sanggup melayan kerenahku. Tapi jangan salah faham tiada siapa yang mampu mengalah kekuasaan ALLAH S.W.T. Sahabat adalah insan terpenting bagi seseorang untuk berkongsi apa-apa dialam realiti.”
         Naurah menampar bahuku apabila melihat diriku menyambung semula menungku yang jauh.
        “Kau dah kenapa Noorun,ada apa-apa masalah ke?kalau ada marilah berkongsi dengan aku. Aku sedia menadah telinga comel aku dekat kau. Kau kan kawan dunia akhirat aku”. Kata Naurah dalam nada memujuk sambil tersenyum manis.
       “Naurah kau tahu tak yang kau ni comel sangat. Aku sayang kau tahu. Kau jangan tinggalkan aku. Kau jelah satu-satu sahabat aku yang sangat-sangat memahami aku. Kau dah macam mak aku,dah macam kakak aku juga sebab tu aku sayang kau”.
      “Kau dah kenapa Noorun,seram pulak aku tengok. Ye, insyaALLAH Nooru, hanya ajal yang pisahkan kita. Aku tahu juga yang aku ni comel. By the way,aku muda lagi dan umur kita sama okay. Boleh pulak kau sama kan aku dengan mak dan kakak kau kan sengkeh jugak nanti”.
       Kata Naurah sambil membetulkan duduknya di atas pasir bersebelahan sahabatnya. Kata-katanya selalu mengembirakan hati aku. Kata-katanya sentiasa memberiku semangat walaupun cara penyampaian dia ala-ala ganas gitu..hehe. aku suka dengan cara dia.
      “Haha..kau tak payah nak seram sangatlah dan tak payah nak perasan sangat,aku masih manusia yang still makan nasi macam kau,jomlah balik,hari dah nak malam ni,tak elok anak dara balik dekat maghrib. By the way,kau memang tua dari aku 3 bulankan.haha..”.
       Kata Noorun sambil mempercepatkan langkahnya untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa pukulan Naurah.
       “Noorun! Nanti kau cerita okay kat aku,aku nak tahu apa masalah kau sampai kau banyak termenung hari ni”. Jerit Naurah bila kelihatan Noorun sudah jauh lari darinya sambil melambaikan tangan.

Keesokan harinya....
Naurah terfikirkan apa yang sudah berlaku dengan Nooru semalam. Banyak kali melihat Noorun termenung semenjak cuti semester ini.
       “Lepas asar nanti aku akan pergi kerumah kau wahai Noorun,tunggulah..”. Kata Naurah sambil ketawa seperti orang jahat.
      “Assalamualaikum..Noorun..Noorun..Assalamualaikum..”Naurah memberi salam dihadapan pintu rumah Noorun.
       “Waalaikummusalam,laaa..Naurah rupanya,nak jumpa Noorun ye, masuklah, makcik pergi panggilkan Noorun sekejap,duduk ye”. Kata ibu kepada Noorun,Puan Hasanah sambil menuju ke dapur.
       Sambil duduk-duduk menunggu Noorun,Naurah ralit membaca Majalah islamik yang sudah hilang muka depannya tapi isi dalamnya masih boleh dibaca.
      “ALLAH merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik,merancang dengan baik ,berusaha yang terbaik serta bersyukur dan bersabar..”. Baca Naurah dalam nada perlahan.
      “Hmm..menarik jugak kata-kata ni..Alhamdulillah,dapat ilmu baru..huhu,tak rugi aku selak majalah ni”. Kata Naurah.
      Sambil jalan terjengkek-jengkek Noorun menepuk bahu Naurah dari belakang sambil memberi salam yang panjang.
      “Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..wahai sahabatku...ada hajat apa datang ke rumah beta ini..huhu”.dengan nada yang sedikit kuat.
      “Aaaaa... Waalaikummusalam Warahmatullah hiwabarakatuh.. ya ALLAH ya tuhan ku tabahkanlah hatiku untuk terus bersabar dengan kerenah sahabatku ini...AMIN...”. dalam nada terperanjat.
      “Haha..ya ALLAH Naurah..amin..hehe...sabar okay..aku minta maaf..kenapa kau datang? Mesti nak Tanya hal aku semalamkan?angguk cepat”.
      “Hehe..dah tahu bagus. Ceritalah cepat..aku tak sabar dah ni..excited gilerr kot..”. kata Naurah sambil menutup majalah yang dibacanya sebentar tadi.
      “Aku agak dah,jom kita duduk dekat pondok luar..best sikit ada angin tiup petang-petang ni.. Mak...angah dengan Naurah nak pergi duduk dekat luar dekat pondok”. kata Noorun sambil menyusun langkah untuk keluar.
      “Hmm..Kau nak tahu tak aku dengan mamat tu dah tak de apa-apa hubungan dah..mamat tu dah ada perempuan lain. Sekarang aku dah sedar yang bahawasanya..hehe..tak guna menangis dekat lelaki yang belum halal untuk aku. Membazir je.. baik aku menangis sebab banyak dosa aku yang bertimbun dan menangis kerana bertaubat. Betul tak?”. Kata Noorun sambil kakinya menguis-nguis pasir dikakinya.
     “Haaa..akhirnya sahabat aku dah sedar.. betullah tu..Alhamdulillah..dah lamakan aku cakap tak ada guna tangisi lelaki yang belum tentu dia jodoh kita. Yakin pada ALLAH. Hanya Dia penentu segalanya.”
     “Biar kita kehilangan “sesuatu” kerana ALLAH. Jangan  kita kehilangan ALLAH kerana “sesuatu”. Ingat tu..semat elok-elok dalam hati kau”. Kata Naurah sambil memandang Noorun.
     “Kau kena ingat jugak tahu, kekecewaan adalah salah satu cara ALLAH dalam berkata : “Aku punya sesuatu yang lebih baik buat mu....”.
     “Jadi jangan kecewa sangat..ingat..ALLAH sentiasa ada bersama kita.. yakin dengan Nya”.
     “Sebab tulah aku sayang kau sangat-sangat..kau tak jemu-jemu bagi aku nasihat dan kata nasihat...InsyaAllah saya ingat kata-kata awak tu..Akan ku semat didalam hati ni..hehe.. kau jangan risau okay..”
     “InsyaAllah aku akan perbaiki diri aku agar berubah kearah kebaikan.. kau kena bimbing aku okay?”. Kata Noorun sambil memegang erat tangan Naurah.
     “InsyaAllah.. Alhamdulillah kalau kau nak berubah kearah kebaikan.. aku akan cuba yang terbaik untuk bimbing kau..Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana ALLAH, ALLAH akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita...”. Kata Naurah sambil menepuk-nepuk lembut belakang tangan Noorun.
     “InsyaAllah..aku akan ingat semua pesanan kau tu... Naurah Nabihah Binti Jazman.. kaulah sahabat islamikku.. Harap persahabatan kita sampai ke Jannah.. Sayang kau sangat-sangat”.
     “Alhamdulillah...insyaAllah..AMIN.. Noorun Mawaddah Binti Ahmad kau pun sahabat terbaik aku.. Aku pun sayang kau jugak sebab aku sayang kau aku nak tengok kawan aku berubah.. Berubah kearah yang lebih baik.. Semua manusia mampu untuk berubah kalau inginkan keredhaanNya”.
     “Kita saling tegur-menegur okay.. kalau aku ada buat silap tegur jangan ingat aku takkan buat silap..aku pun manusia biasa.. Tiada yang sempurna..”. Kata Naurah sambil memeluk sahabatnya.
     “Baik sahabat ku!..hehe..”. kata Noorun sambil tersenyum gembira
     “Biarkan semua tu berlalu pergi jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran dalam hidup”. Kata Naurah sambil membalas senyum Noorun.


Masa lalu memang menyimpan banyak kenangan, namun itu bukan alasan untuk tidak terus melangkah ke hadapan dengan perubahan diri yang lebih baik.. InsyaAllah..dengan keizinan Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan