luas pemandangan luas pengetahuan

luas pemandangan luas pengetahuan
jauh perjalanan banyak pengalaman

31 Januari 2015

Persepsi Orang Zaman Sekarang

  • KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI. Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya... Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.SEBARKANKANLAH MOGA MENJADI SAHAM DAN PENCEN KUBOR KITA KELAK

9 Januari 2015

"Sahabat Islamikku"

 Angin pantai menampar pipi mulusku ini,sungguh mendamaikan hatiku pada saat itu. Entah keberapa kali aku mengeluh,mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiranku. Jauh aku pandang ke hadapan padahal tiada satu pun yang menarik disitu. Pemandangan yang sangat luas menunjukkan betapa kerdilnya diriku ini dibumi ciptaan ALLAH S.W.T.
         “Oiiiittt..kau buat apa dekat sini?jauh kau termenung. Sampai aku panggil banyak kali pun tak dengar-dengar lagi. Apa yang kau asyik sangat tu...” kedengaran suara Naurah yang datang menegurku dari belakang.
         “Astaghfirullahalazim...ya ALLAH..Naurah,kau tak pandai nak bagi salam ke wahai sahabat kesayanganku?kau tak sabar ya nak tengok aku dapat penyakit jantung tahap kritikal?”diriku bersuara.
         “Kau cakap sedap mulut je kan. Aku dah bagi salam banyak kali tadi kau yang tak dengar,entah apa yang ralit sangat kau tengok pun aku tak tahu. Tak apa aku bagi salam semula dekat kau. Kau jawab ye. Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh....wahai sahabatku tersayang”. Kata naurah sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit miliknya.
         “Waalaikummusalam Warahmatullah hiwabarakatuh wahai sahabat tercinta,kau perli aku ye?huhu.. kau bagi salam panjang jadi aku jawab panjang juga,rugi tak jawab panjang sebab aku nak pahala”. Kataku sambil tersenyum.
          Sedang diri aku ralit memandang Naurah yang berada disebelah yang sedang sibuk membetulkan tudungnya yang ditiup angin,hatiku mula berkata-kata.
        “Hanya dia kawan yang paling aku rapat,hanya dia yang rajin memberiku nasihat dikalaku buntu untuk membuat keputusan dan hanya dia yang sanggup melayan kerenahku. Tapi jangan salah faham tiada siapa yang mampu mengalah kekuasaan ALLAH S.W.T. Sahabat adalah insan terpenting bagi seseorang untuk berkongsi apa-apa dialam realiti.”
         Naurah menampar bahuku apabila melihat diriku menyambung semula menungku yang jauh.
        “Kau dah kenapa Noorun,ada apa-apa masalah ke?kalau ada marilah berkongsi dengan aku. Aku sedia menadah telinga comel aku dekat kau. Kau kan kawan dunia akhirat aku”. Kata Naurah dalam nada memujuk sambil tersenyum manis.
       “Naurah kau tahu tak yang kau ni comel sangat. Aku sayang kau tahu. Kau jangan tinggalkan aku. Kau jelah satu-satu sahabat aku yang sangat-sangat memahami aku. Kau dah macam mak aku,dah macam kakak aku juga sebab tu aku sayang kau”.
      “Kau dah kenapa Noorun,seram pulak aku tengok. Ye, insyaALLAH Nooru, hanya ajal yang pisahkan kita. Aku tahu juga yang aku ni comel. By the way,aku muda lagi dan umur kita sama okay. Boleh pulak kau sama kan aku dengan mak dan kakak kau kan sengkeh jugak nanti”.
       Kata Naurah sambil membetulkan duduknya di atas pasir bersebelahan sahabatnya. Kata-katanya selalu mengembirakan hati aku. Kata-katanya sentiasa memberiku semangat walaupun cara penyampaian dia ala-ala ganas gitu..hehe. aku suka dengan cara dia.
      “Haha..kau tak payah nak seram sangatlah dan tak payah nak perasan sangat,aku masih manusia yang still makan nasi macam kau,jomlah balik,hari dah nak malam ni,tak elok anak dara balik dekat maghrib. By the way,kau memang tua dari aku 3 bulankan.haha..”.
       Kata Noorun sambil mempercepatkan langkahnya untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa pukulan Naurah.
       “Noorun! Nanti kau cerita okay kat aku,aku nak tahu apa masalah kau sampai kau banyak termenung hari ni”. Jerit Naurah bila kelihatan Noorun sudah jauh lari darinya sambil melambaikan tangan.

Keesokan harinya....
Naurah terfikirkan apa yang sudah berlaku dengan Nooru semalam. Banyak kali melihat Noorun termenung semenjak cuti semester ini.
       “Lepas asar nanti aku akan pergi kerumah kau wahai Noorun,tunggulah..”. Kata Naurah sambil ketawa seperti orang jahat.
      “Assalamualaikum..Noorun..Noorun..Assalamualaikum..”Naurah memberi salam dihadapan pintu rumah Noorun.
       “Waalaikummusalam,laaa..Naurah rupanya,nak jumpa Noorun ye, masuklah, makcik pergi panggilkan Noorun sekejap,duduk ye”. Kata ibu kepada Noorun,Puan Hasanah sambil menuju ke dapur.
       Sambil duduk-duduk menunggu Noorun,Naurah ralit membaca Majalah islamik yang sudah hilang muka depannya tapi isi dalamnya masih boleh dibaca.
      “ALLAH merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik,merancang dengan baik ,berusaha yang terbaik serta bersyukur dan bersabar..”. Baca Naurah dalam nada perlahan.
      “Hmm..menarik jugak kata-kata ni..Alhamdulillah,dapat ilmu baru..huhu,tak rugi aku selak majalah ni”. Kata Naurah.
      Sambil jalan terjengkek-jengkek Noorun menepuk bahu Naurah dari belakang sambil memberi salam yang panjang.
      “Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..wahai sahabatku...ada hajat apa datang ke rumah beta ini..huhu”.dengan nada yang sedikit kuat.
      “Aaaaa... Waalaikummusalam Warahmatullah hiwabarakatuh.. ya ALLAH ya tuhan ku tabahkanlah hatiku untuk terus bersabar dengan kerenah sahabatku ini...AMIN...”. dalam nada terperanjat.
      “Haha..ya ALLAH Naurah..amin..hehe...sabar okay..aku minta maaf..kenapa kau datang? Mesti nak Tanya hal aku semalamkan?angguk cepat”.
      “Hehe..dah tahu bagus. Ceritalah cepat..aku tak sabar dah ni..excited gilerr kot..”. kata Naurah sambil menutup majalah yang dibacanya sebentar tadi.
      “Aku agak dah,jom kita duduk dekat pondok luar..best sikit ada angin tiup petang-petang ni.. Mak...angah dengan Naurah nak pergi duduk dekat luar dekat pondok”. kata Noorun sambil menyusun langkah untuk keluar.
      “Hmm..Kau nak tahu tak aku dengan mamat tu dah tak de apa-apa hubungan dah..mamat tu dah ada perempuan lain. Sekarang aku dah sedar yang bahawasanya..hehe..tak guna menangis dekat lelaki yang belum halal untuk aku. Membazir je.. baik aku menangis sebab banyak dosa aku yang bertimbun dan menangis kerana bertaubat. Betul tak?”. Kata Noorun sambil kakinya menguis-nguis pasir dikakinya.
     “Haaa..akhirnya sahabat aku dah sedar.. betullah tu..Alhamdulillah..dah lamakan aku cakap tak ada guna tangisi lelaki yang belum tentu dia jodoh kita. Yakin pada ALLAH. Hanya Dia penentu segalanya.”
     “Biar kita kehilangan “sesuatu” kerana ALLAH. Jangan  kita kehilangan ALLAH kerana “sesuatu”. Ingat tu..semat elok-elok dalam hati kau”. Kata Naurah sambil memandang Noorun.
     “Kau kena ingat jugak tahu, kekecewaan adalah salah satu cara ALLAH dalam berkata : “Aku punya sesuatu yang lebih baik buat mu....”.
     “Jadi jangan kecewa sangat..ingat..ALLAH sentiasa ada bersama kita.. yakin dengan Nya”.
     “Sebab tulah aku sayang kau sangat-sangat..kau tak jemu-jemu bagi aku nasihat dan kata nasihat...InsyaAllah saya ingat kata-kata awak tu..Akan ku semat didalam hati ni..hehe.. kau jangan risau okay..”
     “InsyaAllah aku akan perbaiki diri aku agar berubah kearah kebaikan.. kau kena bimbing aku okay?”. Kata Noorun sambil memegang erat tangan Naurah.
     “InsyaAllah.. Alhamdulillah kalau kau nak berubah kearah kebaikan.. aku akan cuba yang terbaik untuk bimbing kau..Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana ALLAH, ALLAH akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita...”. Kata Naurah sambil menepuk-nepuk lembut belakang tangan Noorun.
     “InsyaAllah..aku akan ingat semua pesanan kau tu... Naurah Nabihah Binti Jazman.. kaulah sahabat islamikku.. Harap persahabatan kita sampai ke Jannah.. Sayang kau sangat-sangat”.
     “Alhamdulillah...insyaAllah..AMIN.. Noorun Mawaddah Binti Ahmad kau pun sahabat terbaik aku.. Aku pun sayang kau jugak sebab aku sayang kau aku nak tengok kawan aku berubah.. Berubah kearah yang lebih baik.. Semua manusia mampu untuk berubah kalau inginkan keredhaanNya”.
     “Kita saling tegur-menegur okay.. kalau aku ada buat silap tegur jangan ingat aku takkan buat silap..aku pun manusia biasa.. Tiada yang sempurna..”. Kata Naurah sambil memeluk sahabatnya.
     “Baik sahabat ku!..hehe..”. kata Noorun sambil tersenyum gembira
     “Biarkan semua tu berlalu pergi jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran dalam hidup”. Kata Naurah sambil membalas senyum Noorun.


Masa lalu memang menyimpan banyak kenangan, namun itu bukan alasan untuk tidak terus melangkah ke hadapan dengan perubahan diri yang lebih baik.. InsyaAllah..dengan keizinan Nya.

6 Januari 2015

Kenapa Dia Lebih Cantik Dari Saya?





Kenapa Dia Lebih Cantik Dari Saya?
Kita tidak perlu merasa iri hati atau gundah gelana melihat wanita lain lebih cantik rupa parasnya. Ini kerana setiap orang sudah mempunyai anugerah rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Dan setiap kurniaan Allah itu ada hikmah tersendiri, yang mungkin saja tidak pernah terfikir oleh akal kita.
Sepatutnya, katakan pada hati kita bahwa dia memang lebih cantik tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. 
Itulah sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan ALLAH SWT.
Katakan:
“Syukur Alhamdulillah, Inilah saya , beginilah saya dan inilah apa adanya saya”

Tiada Yang Sempurna

           “Pernah buat dosa? Mesti pernah. Kan? Aku pun pernah. Selalu. Bukannya nak bangga. Pernah rasa menyesal buat dosa? Mesti pernah. Bahkan selalu. Bagus. Aku pun sama. Pernah rasa nak bertobat? Mesti la pernah jugak. Kan? Tapi masalahnya bila dah taubat. Habit buat dosa tu muncul semula. Kan? Setan punya setan! Nak marahkan setan ke nak marah diri sendiri? Itu yang aku rasa sekarang. Hidup dalam hipokrit. Luar mungkin orang nampak baik. ‘Mungkin’ la. Padahal. 
            
            Hidup bergelumang dengan benda jahat. Dah terbiasa dengan benda jahat sampai benda jahat jadi macam benda baik. Benda dosa tu macam dah jadi rutin,norma hidup, habit. Tak suka tapi dalam masa yang sama buat jugak. Buat benda jahat tak malu. Nak buat benda baik malu. Takut dikata orang tunjuk baik. Takut dipercik perasaan riak. 

            Rasanya biar ada sedikit riak dari tak beramal lansung. Kan? Alasan konon ‘masih nak mencari identiti’ rasanya tak boleh pakai dah. Alasan konon ‘Oh hari ni aku buat, esok kompom aku tak buat dah’ dah tak boleh pakai. Alasan konon ‘Ah, orang bukannya tau pun’ pun tak boleh pakai. Jeles. Ya. Kadang kadang jeles. Malu. Ya. Kadang kadang malu. Jeles dan malu dengan rakan rakan sebaya yang fikrahnya lebih matang. Jeles dan malu dengan rakan rakan yang konsisten dengan amal mereka. Tapi aku. masih takuk lama. Masih sama. 

           Orang kata iman manusia yazid wa yanqus. Tapi aku rasa aku punya yanqus dan yanqus. Ya Tuhan. Ketika menulis ni pun rasa macam hipokrit sangat. Hipokrit yang infiniti. Mengadu pada Tuhan. Tapi diri masih jahat. Tak malu. Sungguh. sungguh lah hati ni sangat senang dibolak balikkan. Ya Tuhan. Tetapkanlah hati aku ya Tuhan.

Pesanan Buat Kaum Hawa


..Dari tak pakai tudung,
..Mula memakai tudung,
..Dari tudung singkat,
..Mula labuhkan tudung,
..Dari labuhkan tudung,
..Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
..Mula ditutup baju lengan panjang,
..Dari ditutup dengan baju,
..Mula pakai sarung tangan
..Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
..ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?..
..Belum lagi tempuh cacian orang.
..Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
..Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
..Ya semua tak mudah...
..Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
..NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
..YANG PALING PERIT ADALAH,
..bila orang pandang kita baik,
..Pandang kita sempurna,
..Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
..Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
..Lagha sini sana.
..Kpop merata rata.
..Ikhtilat entah kemana.
..Gelak tak ingat dunia.
..Gedik terkinja2.
Sedangkan,
..Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
..Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
..Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
..Sedih bukan dianggap begitu?
..Sedangkan diri tak seindah itu.
..Orang yang memandang itu tak tahu.
..Apa yang muslimah itu rasa.
..Apa yang muslimah itu tempuh.
..Dalam waktu2 dia mencuba.
..Orang itu tak tahu...
..Muslimah itu kadang kadang rapuh.
..Kadang kadang jatuh.
..Kadang kadang tak utuh.
..Kadang kadang menyimpang jauh.
..Muslimah itu kadang kadang tersasar 
..Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
..Kadang kadang terpesong dari landasannya.
..Orang itu tak tahu.
..Muslimah itu sama.
..Manusia biasa.
..Ada rasa.
..Ada jiwa.
..Orang itu tak tahu.
..Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
..Kerana dia sedar,
..Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
..Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
..Tabah lah muslimah.
..Andai jalan itu yang di pilih.
..Allah telah pun memelihara kita
..Allah telah menjaga kita
..Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
..Hidayah Allah itu perlu di cari.
..Bukan di nanti.
..Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
..Lalu, bila ia telahpun di temui,
..Ia juga terpulang pada diri sendiri.
..Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
..Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
..Hidayah Allah itu ada waktunya.
..Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
..Bila hidayah dah ada,
..Grab terus walau hati keras berkata,
..Belum bersedia.
..Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
..Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
..Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
..Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
..Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
..Sebab itu lah,
Kadang kadang
..Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
..Bukan nak tutup dosa2 nya.
..Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
..Tapi Sekurang kurangnya,
..Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
..Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
..Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
..Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
..Sebab kadang kadang,
..Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
..Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
..Masih juga terkadang Muslimah itu,
..Ada kesalahannya.
..Ada silap langkahnya.
..Ada kekurangannya.
..Betul.
..Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
..Jangan lembik!
Jangan lemah!
..Bila jatuh, bangun lagi.
..Bila tersungkur bangkit lagi.
..Jangan mengalah.
..Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
..Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
..Deal?
..Senyum.
..Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
.."Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. 
..Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini."
..Sharing is Jariah..

4 Januari 2015

resepi "Oreo Cheese Cake"

Oreo Cheesecake... Heaven-nya!!!
sumber : selerasakura.blogspot
Loyang: Springform saiz 8"

Bahan Dasar:-
300gm biskut oreo - di buang krimnya
75gm mentega cair
Bahan Filing:-
500 gm keju krim Tatura
110 gm gula kaster
1/2 tbsp esen vanila
2 biji telur gred A
150ml whipping krim
1 tbsp lemon juice
20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
Cara-cara membuatnya:-
Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform. Bakar selama 15 minit pada suhu 160 C. Angkat dan ketepikan.
Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan biskut oreo, gaul rata.
Tuangkan adunan cheese ke atas dasar biskut tadi.
Bakar pada suhu 150 - 175 C (ikut kepanasan oven masing-masing) secara water bath menggunakan api bawah selama 45 - 50 minit. Kemudian tukar api atas dan bawah selama 10 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka (saya letak lebihan biskut oreo tanpa krim atas kek sebelum kek dibakar).


Selamat mencuba!!

3 Januari 2015

Tetamu Allah

"Subhanallah..."ucapan pertama yang keluar dari bibirku ini....sungguh tidak terkata dengan kata-kata apa yang kelihatan jelas dimata ku...sungguh cantik...... hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang kurasa kan pada saat itu.....
     
           Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi aku sekeluarga dan jemaah-jemaah yang lain selamat sampai ke 2 tanah haram di Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat islam didunia...sungguh diri inin idak disangka-sangka dapat menjejakkan kaki ke dua2 tanah haram ini ketika usia masih muda..Alhamdulillah..umur ku baru berusia 18tahun..baru berjinak-jinak ingin melihat dunia luar.
 
         "Kak lang nak pergi umrah tak?"pertanyaan dari Ayahku."umrah yah??bila??nak..nak..nak"aku terus teruja dan macam tak percaya ayah bertanyakan sedemikian...hati memang terlampau gembira + terkejut juga..hehe...siapa yang tak nak pergi ke tempat-tempat sebegitu kan...sangat-sangat nak lah kan....tipu kalau tak nak.dari hari 2.Aku sentiasa berfikir..betul ke apa yang jadi ni..aku bakal g umrah??pada usia muda??woaaa..subhanallah..memang aku tidak terkata dan aku hanya menunggu saat itu.

         "Assalamualaikum Cikgu!cikgu,cikgu..."diriku memberi salam kepada ketua warden asrama ketika dibiliknya."Wa'alaikumsalam,ya,siapa??". "saya cikgu,Jannah 6r2.saya ingin meminta kebenaran dari cikgu,ayah saya ingin berjumpa dengan cikgu."."ohh,sebentar ya."kata ketua warden asrama. "Ya encik ada apa-apa yang boleh saya bantu."tanya cikgu kepada ayah. "Ya,maafkan saya menggangu hari cuti cikgu..saya datang kemari untuk meminta kebenaran untuk membawa pulang anak saya yang bernama Nurul Jannah untuk mengikuti kursus umrah."kata ayahku.warden asrma pandang kearah ku sambil berkata"jannah nak g umrah ye..."aku cakap dalam hati.."cikgu ni cam xcaya je.tahu lah saya budak sekolah"

 7 november 2014..
       
         " Jannah awak balik kenapa?jujur aku cakap aku musykil kenapa awak balik"Mai berkata sambil memandang anak mataku."haha..adalah hal sikit,nanti aku dah ready aku cerita kat korang ok...."sambil bercakap aku jalan ke depan tak sanggup tengok muka kawan-kawan rapat aku,buat air mata aku nak keluar je. Niat dihati bukan tak nak bagi tahu just maybe belum masanya aku nak cari masa yang sesuai untuk bagi tahu mereka. "Sabar ya wahai kawan-kawan ku"kataku dalam hati. "weyh..tunggu jap ye,aku g beli something kat korang"."aku tahu diorang masih memikirkan kenapa aku balik..hmm..sabar ye kawan..maafkan aku...."..

         "Woit..korang..aku beli abc and goreng pisang ni,makan ok,aku nak balik dah ni,tak moh sedih-sedih aku balik kejap je...tak sampai setahun pun..hehe"kataku sambil bersalam-salaman dengan mereka.aku saja happy-happy kan suasana,malas nak sedih-sedih."Jannah!thanks ok makanan ni,kitaorang bakal rindu kau lah!jaga diri"aku balas dengan anggukan dan lambaian tidak mampu berkata-kata lagi sebab risau air mata keluar bersama.

8 november 2014..

       Aku sekeluarga menghadiri kursus umrah di masjid bandar Kuantan.Banyak ilmu baru aku dapat.Ramai jugak para jemaah yang bakal mengikuti umrah pada bulan 12 nanti.Aku excited menunggu tarikh tersebut.Tiba-tiba aku teringat kawan-kawan aku dekat asrama,jawapan apa yang harus aku berikan,aku tak berniat nak menunjuk pergi sana,sebab itu aku senyap sampai sekarang sebab aku takut diorang fikir lain.hmmm..Diriku tidak berhenti mengeluh bila teringatkan kawan-kawan di asrama.

      Malam itu jugak hati aku sakit bagai dihiris sembilu bisa.Terlalu sakit dan perit.Mungkin ini sudah takdir ku.Insan yang bernama lelaki yang telah mencuri hatiku secara senyap telah melukakan hatiku.Tak apa lah,mungkin ini ujian untuk aku sebab terleka dengan keseronokan duniawi.Mungkin ini pengajaran ya Allah bagi untuk aku,bukan masa untuk bercinta dan jangan terlampau lalai dengan keseronokan dunia.Lupakan cinta manusia teruskan cinta yang satu yang Maha Agung Allah s.w.t dan Nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

9 november 2014...

     "Jannah bila nak balik!?kitaorang rindu awak!kitaorang laparlah..nak makanan" satu pesanan ringkas sampai.ketawa aku sendiri sambil menggelengkan kepala aku.Memang hari minggu kitaorang akan lapar mencari makanan..haha..Pada jam 3 petang aku pulang ke asrama dengan plastik makanan penuh ditangan.Aku cakap dekat diorang balik lambat..haha..saja nak buat suprise aku tahu diorang lapar so aku bawa balik makanan banyak.Aku masuk ke dalam bilik,senyap je.. mungkin masing-masing pergi cari makanan fikirku.
     
       Sambil aku duduk-duduk kemas barang aku terdengar suara yang aku kenal,apa lagi menyoroklah aku.Aku cari satu sudut gelap yang berdekatan dengan cermin..haha..terus niat nakal aku datang.Salah sorang dari rakan aku datang untuk tengok cermin.Aku yang dari belakang terus pandang dia dengan mata bulat aku.Sekali dia pusing Gilerr tak menjerit dia..haha..sambil cakap "Jannah!!rindu.." Aku teruk dah ketawa kat situ. Bisinglah weyhh..senyap sikit,malu dekat budak-budak,ko dah tua kot nak menjerit" kataku sambil menahan ketawa.

     Bila semua dah berkumpul.Dengar macam ramai je kan padahal 3 orang je kawan rapat giler-giler aku ni..hehe.. Aku keluarkan makanan yang aku bawa tadi.Beria diorang tengok makanan."Jannah...sayang ko sangat-sangat"."sayang korang jugak,, tu aku bawa balik makanan.Aku teringat dekat perut korang tuh..hahaha. " Meraka makan dengan penuh semangat yang aku pula duk fikirkan pasal umrah yang bakal tak lama lagi aku pergi terfikir bila masa yang sesuai untuk bagitahu..hmm..diriku mengeluh lagi untuk yang entah keberapa kali.


menunggu masa yang sesuai....