luas pemandangan luas pengetahuan

luas pemandangan luas pengetahuan
jauh perjalanan banyak pengalaman

28 September 2015

Hati Kecilku

Assalamualaikum para pembaca..

Di jauh sudut hatiku ini sangat merindui manusia yang bernama lelaki..hmm..kenapa harus merindui lelaki or orang yang tak pernah nak fikir kita?  Dan kenapa harus merindui insan yang masih belum halal bagi diri ini..hmm..permainan syaitan terhadap manusia yang mudah lalai. Mudahkan kerja syaitan. Kerjanya hanya membawa manusia ke jalan yang dilarang oleh Allah.Hmm manusia kan...aku hanya manusia biasa...banyak sangat kekurangannya...hanya Allah s.w.t yang sentiasa disisi....
Dari aku mengingati sidia yang tidak pernah memikir ku baik aku fikirkan masa depan aku...mak ayah aku sangat bermakna bagi aku...mereka yang membesarkan ku dari kecil sehingga besar sekarang. Sehingga aku sudah pandai bab2 cinta... tapi tahu tak..berfikirkan tentang cinta aku boleh lalai. Lalai dengan keseronokan cinta manusia yang belum pasti. Hanya mak dan ayah penguat aku sekarang untuk terus ke hadapan. Hanya mereka. memikirkan tentang cinta mampu membuat aku tidak fokus untuk belajar...
Cukuplah dulu sudah disakiti dengan cinta. Lebih baik cinta kepada ilahi dri cinta kepada manusia yang tidak pasti...lelaki?? hmm semua sama bagi aku. Semuanya menyakitkan. Walaupun hati ini dan perasaan ini masih menyanyanginya...tapi aku cuba untuk melupakannya. Dia insan yang ku anggap penyelamat hidupku dan menganggapnya yg bakal menemani hidupku yang seterusnya..hmm...sangat tinggi harapan ku...
Pertama kali mengenalinya hati aku terlalu gembira sehingga tidak tergambar...hari2 ku penuh dengan senyuman. Penuh dengan gelak tawa. Memang tidak lekang senyum diwajah ku setiap kali menerima mesej darinya. Sungguh gembirakan. Kami terlalu banyak persamaan sehingga dianggap meniru. Lantas aku berfikir adakah ini jodoh atau hanya kebetulan. haha. mengarut. Tapi apa salahnya berfikir sedemikian. Setelah itu, namamu sentiasa ada didalam setiap doaku. Tidak jemu ku menyebut nama mu. Hari2 terus berlalu dengan kehadiran dirimu..
Dirimu yang ku anggap sangat sempurna orangnya. sangat menyenangkan hati, sentiasa membagiku nasihat. Tidak letih mendengar celoteh ku yang seperti kanak2 kecil. Setelah lama berkenalan. Dirimu betul2 sudah menambat hatiku yang paling dalam. Hari2 ku sntiasa tidak lekang mengingatimu, sntiasa memikirkan mu sehingga aku sering tersenyum sendiri. Angau agaknya. 
Ada satu hari tu, dia tiba2 call. Giler aku tak mengelabah nak angkat..haha..sekali angkat..nak masuk bilik jari terkepit dekat pintu. Nak tak nak tahan sakit..sebab tengah bercakap dengan dia buat pertama kalinya...
Setelah result SPM keluar. Sidia mendapat result yang bagus..hmm..aku? hanya cukup2 makan. Mungkin..malu dan sedih bercampur aduk ketika melihat result sendiri. Malu dengan dia yang pandai..hmm....kakak aku cakap ikut je buntut budak cerdik 2(kasar bahasa kakak aku..hehe) habis cerita. Aku apa lagi, bila dah dapat green light..semestinya happy. Lepas dari itu aku sudah berniat untuk serius dengan dia. Alangkah indahnya saat itu....
Dia sentiasa kongsikan apa yang dia dapat. Dia mendapat tawaran sambung belajar ke UITM SI. Aku orang pertama yang dapat tahu...pada saat tu aku rasakan aku seperti orang penting dalam hidup dia. Kami sentiasa berkongsi cerita. Cerita kami sentiasa bertukar2. Tidak lama itu pula, dengan berbekalkan result SPM yang tidak seberapa aku masuk ke pusat tingkatan 6. Aku terpaksa duduk diasrama sebab sekolah jauh dari rumah, so terpaksa juga tinggalkan dia keseorangan tanpa aku. Pada bulan pertama aku tinggal diasrama rasa rindu terhadap dia sangat menebal. Tapi rindu kepada mak ayah juga bergabung sekali, teringin menangis pada saat itu.. huhu :( 
Pada musim bilik, aku terus mencari telefon pintarku....alangkah indahnya, sidia menunggu mesej dariku dan dia turut merinduiku. Ketika itu terasa dunia aku yang punya...mkna na aq tidak bertepuk sebelah tangan...itu yang ku anggapkan dan harapkan...sekarang tiba masanya dia pula untuk masuk ke UITM. Hati aku memang sudah tidak terkata. Terasa bertambah jauh dengan dia. aku dekat pahang..dia dekat Perak. Bagi aku tu dah terlalu jauh. Tapi aku berbicara dengan hati ku “..tak pe. Sabar dan tabah, mungkin ini yang terbaik,,biarkan dia pergi jauh untuk menimba ilmu...” dalam doa ku sentiasa mengharapkan sidia tidak akan pernah melupakan ku....sebab aku tahu di sana lagi ramai perempuan yang perfect dari aku yang serba kekurangan ni....lantas aku berpesan pada diri jangan terlampau berharap pada sidia. Risau hati akan terluka dan sakit. Tapi hari berganti hari hati aku makin tertarik dengan cara dia. Dia sangat memahami sangat baik orangnya. Seronok sangat2 sebab dia masih tidak melupakan ku.. buat masa nilah..hehe
Hari berganti hari....tiba masanya dia meluahkan perasaannya kepada ku..hmm..sangat2 tidak percaya sebenarnya. Sebab  yang aku tahu dia susah nak terima aku sebab dia dah anggap aku kawan bukannya kekasih. Tak ke pelik kan...tapi apakan daya bila hati dah suka. Tepat jam 10 malam 18 sep 2014 dia meluahkan isi hatinya terhadap aku. a pada ketika itu sudah tidak mampu untuk berkata2 lagi, yang mampu mengambarkan perasaan aku pada saat itu hanyalah dengan jujuran air mata yg menitis. Aku terlalu gembira dengan apa yang diperdengarkan sebentar tadi. Seperti mimpi, tapi setelah dibaca banyak kali..ya..memang dia sudah menerima ku. Lagu kegemarannya turut menjadi lagu kegemaran kami bersama. Hanya lagu tu yang mmpu aku dengar tika rindu akan dirinya..“Tentang perasaan Ku by Irwansyah. Lagu antara diriku dengan dirinya..
Hari2 ku mmg tidak lekang dengan namanya. Sentiasa disebut2 seperti orang giler....kesian sangat. Aku semakin jatuh sayang terhadap sidia, dia segala2nya bagi ku pada waktu itu. Tiada siapa yang mampu menggantikan tempat dia. Ku mengharapkan hubungan itu akan kekal selama2nya. Tapi...harapan hanya tinggal harapan. Diriku semakin dilupakan olehnya. Mudah sungguh hati ini dipermainkan. Kenapa aku orangnya? Mudah sangat hati ini dilukai oleh mnusia bernama lelaki..
Sementara sidia sibuk dengan assignment aku pulak sibuk mencari maklumat tentang kos yang sidia ambil. Sebab dia pernah cakap kalau nak tahu kehidupan dia macam mana carilah. So aku pun cari sebab aku nak lebih memahami dan mengenali sidia. Tapi aku pelik bila aku tegur dia, dia buat endah tak endah je dengan diri aku. Pada malam yang sunyi sepi itu. Terdengar deringan mesej masuk, mesej dari dia... "mungkin sampai sini sahaja kita..sebenarnya saya tak suka bersayang2 dengan perempuan. Sebab teringat ceramah dari ustaz. Maafkan saya..maaf sangat2”. Padahal aku tak pernah pun minta dia panggil aku macam tu. Aku pun tak selesa dipanggil sebegitu..hmm..Tapi disebabkan ingin menjaga hatinya aku hanya simpan dihati sahaja. Tapi....Aku je yang sibuk jaga hati orang. Tapi dia tak nak pun jaga hati aku..hmm..benci..benci ada perasaan cinta. Cinta sangat menyeksakan hati dan perasaan.. Denga keputusannya aku terpaksa telan bulat2. So kami kawan seperti dahulu.. Tapi tidak serapat seperti dulu sebenarnya. Sudah jadi seperti orang baru kenal..kekok..
Diriku terasa semakin jauh dari dia.....aku tak nak kehilangan dia. Dari hari itu, tiap2 hari aku menunggu mesej or chat dari sidia..tapi tak de pun. Alangkah sedihnya hati. Apa yang tunggu tak dapat2, apa ni? Aku rasa macam dah giler sebab memikirkan orang yang dah tak nak aku, cinta ku bertepuk sebelah tangan, sangat rumit.
Ternampak sidia “online” so aku lantas menegurnya, alangkah indahnya masa itu. Tapi sayangnya dia layan aku seperti musuh, sedih sangat2, apa salah aku, aku fikir mungkin dia penat. Selalu nampak dia online, tapi langsung tak de tegur aku. Tapi hari itu aku menegurnya sebab tak tahan menunggu dan sebab rindu sangat nak bergurau, bergelak tawa dengan si dia, seperti pada mula kenal.
Tapi.....dia dah berubah, dia bukan yang ku kenal dulu sangat lain. Aku mengharapkan kejujuran dari si dia. Lantas dia menerangkan segalanya....dia sudah ada yg lain dia sudah jumpa perempuan yg dia idam2kn. Perempuan 2 the best student dalam batch dia. Mak ayah perempuan 2 pun die dah kenal, jadi aku?? Hanya barang mainan dia je ke?? Arghh.. Aku terasa sangat bodoh pada saat tu, jelaslah yang dia tak nak perempuan bodoh macam aku. Mudah percaya kata2 manisnya dulu. Insan yang ku anggap sangat sempurna dimata ku rupanya insan yang berhati plastik, cinta yang penuh dengan kepura-puraan. Dulu katanya ustaz kata tak baik couple tak baik tu tak baik ni, tapi sekarang?? Baru aku faham 2 cara dia untuk mainkan aku dan lepaskan aku. Kalau tak suka jangan terima, kalau tak suka jangan sentuh dan tawan hati aku, hati aku dah cukup terluka. Semakin terluka dengan caranya itu. Membuatkan aku makin sukar untuk menerima insan yang bernama lelaki.
Keesokan harinya, aku ingin melihat wall fb si dia, apabila aku menaip nama fb si dia, sudah tiada...mana dia??mana2?? pada saat itu apa yang aku rasa aku sangat, sangat dan sangat kehilangan. Kehilangan orang yang aku cintai. Aku rasa kosong sangat2, aku buntu, tak tahu nak cari dia dekat mana, dengan telefon dia hilang fb dia dah tak de, jadi?? mungkin sampai disini sahaja kisah ku dengannya. Dengan terpaksa, aku membawa diri dengan hati yang penuh luka yang tidak tahu lagi mahu diubati seperti mana. Hati aku sudah cukup2 terluka, luka dengan cinta manusia yang tidak pasti. Aku terus menangis dan menangis setelah tahu yg dia betul2 sudah jauh dari aku. Mungkin tidak lagi dapat berhubung dengan dia... hmm.. cinta.. sangat menyeksakan..         
Aku mendoakan perempuan yang dipilihnya sekarang adalah perempuan yang terbaik untuknya. Semoga si dia tidak akan melukai hati perempuan 2. Cukuplah aku yang dia lukakan jangan ada lagi perempuan lain jadi mangsa si dia. Jujur aku cakap aku sangat mencintai si dia yang sudah ku anggap penyelamat hidupku. Tapi hanya sementara sahaja. Sekarang dia sudah hilang, sudah menjauh dari ku. Tapi nama si dia masih tersimpan rapi dan kemas dalam hati kecil ku ini. Buat masa ini masih tiada siapa yang mampu merebut tempat ini.
Walaupun melihat diri ini sentiasa tersenyum tapi dalamannya sekarang sangat merindui si dia.. ya.. sidia.... Ada masa aku akan menangis kerna teringat akan si dia....arghh.. si dia, si dia yang sudah mencuri seluruh hati ku dan buang macam 2 je....
Dari itu...wahai hati, biar hilang cinta manusia jangan hilang cinta dari pencipta kita Allah s.w.t .. Allah s.w.t dia yang 1 tiada silih ganti, hanya dia, dia penguatku, mak ayah sebagai sumber inspirasiku untuk meneruskan hidup dan mendaki tangga kejayaan. yee... Aku nak jadi orang yang berjaya dengan cinta Allah, Rasul dan ibu ayah ku. Merekalah kekuatan ku, sudah tentu yang paling penting bersama ku, rakan2 tercinta ku. Tanpa mereka semua juga aku tak akan tabah menghadapinya, sayang mereka yang masih bersama ku.... Cinta manusia tidak akan kekal tapi yang akan kekal ialah cinta kepada Nya.....

Cintakan bunga, bunga akan layu
Cintakan dunia,dunia akan hilang
Cintakan manusia, manusia akan pergi
Cintakan Ilahi, Insha Allah kekal abadi..