luas pemandangan luas pengetahuan

luas pemandangan luas pengetahuan
jauh perjalanan banyak pengalaman

24 November 2014

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :


.1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara
kebetulan, seperti pernah
bertemu di stesyen kereta api,
hotel, hospital, pejabat pos, ATM,
dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana
faktor sejarah, misalnya teman
sekampung, satu kelas, satu
sekolah, satu asrama, dan
sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana
faktor kepentingan tertentu
seperti rakan bisnes, politik dan
sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana
faktor hobi, seperti teman futsal,
badminton, memancing, dan
sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana
kerjaya, misalnya sama-sama
guru, doktor, arkitek dan
sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita
bukan main dia baik lagi tapi bila
belakang kita ...
Pijak semut pun tak mati! Talam dua
muka. Seperti firman Allah SWT :
"Kalau kamu mendapat kebaikan
atau kesenangan, ia menyakitkan
hati mereka, bila kamu ditimpa
musibah, mereka senang
hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah ...
selamatkanlah aku dari sahabat
yang bila melihat kebaikanku dia
bersembunyi tetapi bila dia
melihat keburukanku dia
sebarkan."
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang
lahir batin, tulus saling cinta dan
sayang kerana ALLAH Azza wa
jalla, saling menolong, menasihati,
menutupi aib sahabatnya,
memberi hadiah, bahkan diam-
diam dipenghujung malam, ia
doakan sahabatnya. Boleh jadi ia
tidak bertemu tetapi ia cinta
sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
Dari 7 macam persahabatan di
atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di
Akhirat. Yang tinggal hanya 1
ikatan persahabatan iaitu
persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana
Allah Taala seperti firman Allah
SWT : "Pada hari itu (Kiamat)
sahabat - sahabat karib akan
menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan keranak
ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
Semoga dieratkan persahabatan
kita kerana Allah. Amin. "Moga
kita semua jadi golongan yang ke 7"

23 November 2014

kampung n family

selamat pulang ke kampung tercinta..
rindu family...alhmdulillah semua sihat..
lebih kurang sebulan lebih xbalik kampung
bermacam kerenah saya apabila bertemu dengan ibu tercinta... :) :) hehe..
#anak_manja_mak