luas pemandangan luas pengetahuan

luas pemandangan luas pengetahuan
jauh perjalanan banyak pengalaman

24 Mac 2015

KISAH YANG TIDAK DISANGKA

Keadaan dimana aku sendiri tidak sangka akan berlaku iaitu yang selama ini dapat dilihat dalam cerita-cerita di televisyen dan dalam novel. Susah untuk mentafsir perasaan ku ketika ini. Cuma berharap adik yang bernama Zulfadli Eiman cepat sembuh dan dapat mengingati semula ingatannya. Amin.

Setelah mendengar berita tentang adik Eiman hati aku terus berdebar dan serta merta air mata mengalir. Perasaan risau dan bimbang menerjah kepada diriku ketika itu. Berita yang mengatakan adik Eiman berada dihospital ketika itu disebabkan kemalangan yang tidak dapat dijangka. Aku ketika itu sudah menangis teresak-esak seperti kanak-kanak kecil.

Pada malam rabu ketika jam 12 tengah malam adik Eiman mengikuti aktiviti kem di Perak. Tempatnya aku tidak pasti sebab aku tak dimaklumkan tempat tersebut aku hanya tahu dia akan mengikuti kem di Perak pada hari selasa sehingga hari jumaat. Tapi malang tidak berbau belum sempat menghabiskan aktiviti adik Eiman dimasukkan ke hospital disebabkan aktiviti yang dilakukan dikem tersebut. Aktiviti tersebut ialah para-para fasi membawa peserta-peserta untuk masuk ke dalam hutan dan dilepaskan seorang demi seorang untuk berjalan di dalam hutan dan cari jalan pulang dengan usaha sendiri. Tapi apakan daya ditengah jalan mungkin adik Eiman tersepak batu atau sebrang lain kemungkinan yang boleh menyebabkan adik Eiman jatuh dan berguling ke bawah. Kepalanya mengalami pendarahan. Mungkin umurnya masih panjang, ada satu batu besar yang menghalangnya dari masuk ke dalam sungai. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.

Pada jam 4 pagi adik Eiman dijumpai sudah tidak sedarkan diri dengan keadaan kepala yang berdarah. Dia digegaska untuk dibawa ke hospital. Adik Eiman dimasukkan di hospital di Kuala Lumpur. Wadnya aku tak tahu sebab tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak. Adik Eiman berada jauh dari aku mungkin itu yang menyebabkan kejadian itu seperti mimpi. Doktor mengesahkan dia hiang ingatan setelah dia sedar. Doktor juga berkata jika dalam masa seminggu ingatannya masih tidak pulih kemungkinan dia akan hilang ingatan untuk selamanya. Berita ini semua aku dapat dari kawan sebilik adik Eiman yang bernama Mohammad Wazif Izwan yang dikenali sebagai wazif.

Aku pada ketika itu hanya mampu menangis, berdoa dan terus berdoa. Berharap adik Eiman dapat kembali ingatannya. Pada ketika itu aku melihat jam yang diberi oleh adik Eiman. Makin deras air mata aku mengalir. Pada ketika itu juga kepala aku sudah fikir bermacam-macam. Macam mana kalau dia tak ingat aku. Kenangan kami? Sangat bimbang. Tika itu aku hanya mampu berdoa dan menangis. Mudah sungguh aku menangis disebabkan budak tu. Mungkin aku sudah menganggapnya adik aku sebab aku tak ada adik lelaki dan aku sudah jatuh sayang pada adik Eiman. Sayang kakak kepada seorang adik.

Aku teringat akan adik Eiman yang suka menghantar lagu-lagu nasyid untuk berkongsi apa yang didengar olehnya kepada ku melalui whatapps. Walau pun kami duduk berjauhan tidak ada yang mampu menghalang kami untuk berkomunikasi. Ada satu hari aku menegur tentang profile picture whatapps  milik adik Eiman. Baju yang dipakainya adalah bendera Negara british yang mirip seperti lambang salit. Aku memesannya jangan beli barang-barang yang ada lambang seperti itu. Pada keesokkan harinya dia menukar gambar tersebut dan diganti dengan gambar yang aku hantar kepadanya. Gambar buku yang aku baca . Buku tersebut buku islamik yang bertajuk “pemilik  cintaku setelah Allah dan Rasul” dan buku tersebut warna kegemaran kami bersama iaitu ungu. Aku rasa dihargai sebab dia menggunakan gambar yang ku hantar. Senang mendengar kata orangnya. Mungkin itu yang menyebabkan aku menangis sebab budaknya sangat baik dan jatuh sayang dekat budak tu. Rindu mendengar suaranya yang mengalunkan zikir-zikir disurau sementara menunggu masuk waktu-waktu fardhu. Banyak kenangan dengan adik Eiman walau pun kami kenal tidak sampai setahun pun. Teringat juga yang dia suka menunggu aku untuk balik dari prep malam dan coklat yang dia bagi kepada ku.


Mohon sangat  jasa semua, doakan adik Eiman cepat sembuh dan dapat semula ingatannya. Ramai insan yang tersayang menunggunya diluar sana dengan khabar berita yang baik. Semua mengharapkan adik Eiman sembuh dan kembali ingatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan